Aplikasi Mobile iKepoh
AplikasiMobile iKepoh merupakan satu inovasi baharu yang dibangunkan oleh KPKT untuk memberi kemudahan kepada orang awam bagi membuat sebarang aduan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melaluimobile. iKepoh memberi kemudahan kepada orang ramai membuat aduan melaluimobile.
Objektif Aplikasi Mobile iKepoh
Menjalin hubungan akrab PBT dan rakyat melalui penyediaan saluran aduan yang mesra pengguna dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat; dan
Pemantauan dan pengurusan aduan lebih berkesan kepada pengurusan atasan PBT dan KPKT melalui satu sumber sistem yang sama dan mudah dicapai.
Fungsi Aplikasi Mobile iKepoh
– Membenarkan penghantaran aduan bergambar beserta lokasi secaraMobile;
– Memberi maklumbalas kepada pengadu dengan lebih responsif; dan
– Memantau statistik aduan oleh PBT atau JKT melalui dashboard yang disediakan dengan lebih efisien.
Berikut adalah 3 syarat penting Pengguna AplikasiMobileiKepoh
1 – Android dan iOSAplikasi ini dibangunkan untuk pengguna Android dan pengguna iOS. | 2 – Mobile Communication StandardCapaian terbaik bagi pengguna Aplikasi Mobile iKepoh adalah High-Speed Downlink Packet Access (HSDPA) 3.5G ke atas iaitu 3G -3G, H – 3.5G, H+ – 3.75G dan LTE – 4G. | 3 – Fungsi GPSPengguna hendaklah mengaktifkan fungsi GPS sebelum menghantar aduan melalui Aplikasi Mobile iKepoh. |