OBJEKTIF MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR
OBJEKTIF MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR
a. | Menyedia dan melaksana perkhidmatan perbandaran seperti yang termaktub dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dengan ikhlas dan berintergriti; |
b. | Menguatkuasakan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan semua Undang-Undang Kecil Majlis Bandaraya Alor Setar dengan berhemah dan profesional; |
c. | Melaksana pelbagai bidang perkhidmatan perbandaran, pembangunan perbandaran, keselamatan, kesihatan, keceriaan, kemudahan awam, dan infrastruktur taman-taman perumahan; |
d. | Membina persekitaran perbandaran terancang dengan pelan-pelan tindakan konsisten menerusi pelan-pelan strategik, rancangan tempatan dan program-program berdaya maju bagi menjadikan bandaraya selamat dan sejahtera; |
e. | Mencapai wawasan Bandaraya Alor Setar Maju menerusi tranformasi minda, modal insan, kegiatan ekonomi, pembangunan lestari, dan penyampaian perkhidmatan dengan memenuhi kepuasan pelanggan; |
f. | Memperkemaskan dan meningkatkan mutu perkhidmatan serta perancangan pembangunan dalam semua bidang; |
g. | Mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi menggalakkan pertumbuhan industri, perdagangan dan pelancongan; |
h. | Memelihara dan memulihara alam sekitar untuk keselesaan dan kesejahteraan penduduk; |
i. | Pengekalan kawasan persekitaran bandar raya dengan landskap bertaraf 5 bintang dan penyelenggaraan taman rekreasi yang bersih serta selesa; |
j. | Meningkatkan sumber kewangan Majlis dengan mempelbagaikan sumber hasil boleh diterokai dan mengukuhkan kawalan pengurusan kewangan terbaik. |
MATLAMAT MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR
Matlamat 1 | : | Melahirkan warga MBAS yang berkualiti, berdaya saing, dan berusaha untuk terus maju; |
Matlamat 2 | : | Memperkasakan warga MBAS dengan penguasaan kemahiran, teknologi, kualiti pengurusan, dan sahsiah diri; |
Matlamat 3 | : | Menjadikan MBAS sebagai Pihak Berkuasa Tempatan yang cemerlang, terkemuka, dan bertaraf 5 Bintang; |
Matlamat 4 | : | Memperkasakan Bandaraya Alor Star sebagai bandar raya maju, mampan, selamat, dan sejahtera untuk warga penghuninya; |
Matlamat 5 | : | Memperkasakan tadbir urus Majlis Bandaraya Alor Setar; |
Matlamat 6 | : | Bertindak profesional dalam merancakkan pembangunan bandaraya dan memelihara alam sekitar ; |
Matlamat 7 | : | Memantapkan Sistem Pengurusan Kualiti berteraskan amalan terbaik; |
Matlamat 8 | : | Menjana, memperkukuh, dan memantapkan hasil Majlis; |
Matlamat 9 | : | Mempertingkatkan kualiti hidup komuniti dan kesejahteraan penduduk; |
Matlamat 10 | : | Mempertingkatkan keupayaan dan kapasiti Majlis. |
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'