PEGAWAI KESELAMATAN ICT MBAS (ICTSO)
EN. MUHAMMAD ANAS BIN ABD RAHIM
Ketua Bahagian Teknologi Maklumat
Majlis Bandaraya Alor Setar, Jalan Kolam Air, 05675 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
04-7301254
PERANAN & TANGGUNGJAWAB
Peranan dan tanggungjawab ICTSO yang dilantik adalah seperti berikut:
- Mengurus keseluruhan program-program keselamatan ICT MBAS;
- Menguatkuasakan pelaksanaan Dasar Keselamatan ICT MBAS;
- Memberi penerangan dan pendedahan berkenaan Dasar Keselamatan ICT MBAS kepada semua pengguna;
- Mewujudkan garis panduan, prosedur dan tatacara selaras dengan keperluan Dasar Keselamatan ICT MBAS;
- Menjalankan pengurusan risiko;
- Menjalankan audit, mengkaji semula, merumus tindak balas pengurusan MBAS berdasarkan hasil penemuan dan menyediakan laporan mengenainya;
- Memberi amaran terhadap kemungkinan berlakunya ancaman berbahaya seperti virus dan memberi khidmat nasihat serta menyediakan langkah-langkah perlindungan yang bersesuaian;
- Memberi amaran terhadap kemungkinan berlakunya ancaman berbahaya seperti virus dan memberi khidmat nasihat serta menyediakan langkah-langkah perlindungan yang bersesuaian;
- Melaporkan insiden keselamatan ICT kepada Pasukan Tindakbalas Insiden Keselamatan ICT Kerajaan (GCERT), MBAS dan ICTSO memaklumkannya kepada CIO;
- Bekerjasama dengan semua pihak yang berkaitan dalam mengenal pasti punca ancaman atau insiden keselamatan ICT dan memperakukan langkah-langkah baik pulih dengan segera; dan
- Merancang dan melaksanakan program-program kesedaran mengenai keselamatan ICT.
- Menjalankan penilaian untuk memastikan tahap keselamatan ICT dan mengambil tindakan pemulihan atau pengukuhan bagi meningkatkan tahap keselamatan infrastruktur ICT supaya insiden baru dapat dielakkan.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'