YBHG.DATO’ ZAID BIN AHMAD, DSDK., AMK., BCK.

Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Alor Setar

emel : zaid@mbas.gov.my

 

Yang Berbahagia Dato’ Zaid bin Ahmad, DSDK. AMK., BCK., telah dilahirkan pada 27 Oktober 1962 di Padang Pusing, Pendang dan merupakan anak kepada Ahmad bin Hj. Othman dan Seha binti Abidin. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Inggeris Gunung bermula pada tahun 1969 sehingga 1974, Sekolah Menengah Tunku Abdul Malik Alor Merah pada tahun 1975 hingga 1977, Sekolah Menengah Dato Syed Omar 1980 hingga 1982. Beliau telah melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sastera & Sains Sosial di Universiti Malaya pada tahun 1983 hingga 1986. Beliau seterusnya telah berjaya menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana di dalam bidang Pengurusan Perniagaan di Universiti Utara Malaysia pada tahun 2004.

Hasil perkongsian hidup Yang Berbahagia Dato’ Zaid bin Ahmad bersama pasangannya Datin Sharihah Mardziyan binti Arshad yang dimeterai pernikahan pada 10 April 1987, mereka telah dikurniakan sepasang cahaya mata, iaitu Amira Yunalis binti Zaid dan Thariq Mukhlis bin Zaid.

Yang Berbahagia Dato’ Zaid bin Ahmad telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir Negeri Kedah pada 01 September 1987. Beliau seorang yang berpengalaman luas dan telah bertugas di beberapa jabatan di dalam Negeri Kedah seperti berikut:

Penolong Pegawai Daerah Tanah di Pejabat Tanah Daerah Padang Terap mulai 03/10/1987
Penolong Pegawai Daerah Tanah di Pejabat Tanah Daerah Langkawi mulai 16/11/1990
Majistret Kelas II mulai 04/04/1991
Penolong Pegawai Daerah Pembangunan di Pejabat Daerah Langkawi mulai 16/02/1992
Penolong Pegawai Daerah Pentadbiran di Pejabat Daerah Kuala Muda mulai 16/06/1993
Penolong Pegawai Pembangunan merangkap Setiausaha di Pejabat Daerah Baling mulai 01/03/2000
Penolong Pegawai Daerah Tanah di Pejabat Tanah Daerah Kubang Pasu mulai 10/09/2001
Penolong Pegawai Daerah Pembangunan merangkap Setiausaha di Pejabat Daerah Yan mulai 15/09/2003
Setiausaha Lembaga Maktab Mahmud mulai 01/03/2005
Pemangku Pentadbir Tanah di Pejabat Tanah Daerah Kuala Muda mulai 16/08/2009
Pentadbir Tanah di Pejabat Tanah Daerah Baling mulai 17/01/2011
Pentadbir Tanah di Pejabat Tanah Daerah Kota Setar mulai 01/08/2012
Pendaftar Kolej Universiti Insaniah mulai 01/10/2013
Timbalan Pengarah Tanah & Galian Negeri Kedah mulai 10/09/2014
Pegawai Daerah Pendang mulai 16/03/2016
Pegawai Daerah Kota Setar mulai 15/05/2019
Dipinjamkan sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar yang ke enam berkuatkuasa mulai 14/05/2020
Tarikh persaraan wajib pada 27/10/2022

Yang Berbahagia Dato’ Zaid bin Ahmad telah menghadiri banyak kursus / seminar / program di dalam negeri dan juga beberapa kursus / seminar / program di luar negara yang di antaranya ialah :

Program bawah JAIKA di Jepun selama sebulan pada tahun 1997
Februari 2009 :Program Pengurusan Pelajar Maktab Mahmud Ke Universiti Al Azhar Mesir

31/10/2018 – 09/11/2018 : Program Lawatan Sambil Belajar Ke Negara Balkan Untuk Ahli Jawatankuasa Tanah Negeri Kedah bagi tahun 2016-2017

Di masa lapang Yang Berbahagia Dato’ Zaid bin Ahmad mengisi ruang dengan aktiviti berkebun

Skip to content