Perutusan Yang DiPertua 

Assalamualaikum w.b.r  dan salam sejahtera

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat datang ke Laman Web Rasmi Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP). Melihat kepada kepentingan dan keperluan penggunaan teknologi media semasa, Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) komited dalam memberi perkhidmatan pengurusan perbandaran yang efisyen, berkualiti, bagi memastikan kepuasan pelanggan dengan menyediakan Laman Web Rasmi Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) yang mesra pengguna dalam penyampaian perkhidmatannya.

Dengan terwujudnya Laman Web Rasmi Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) ini, diharapkan dapat memudahkan lagi pengunjung-pengujung untuk memperoleh maklumat yang diperlukan disamping membolehkan rakyat mengetahui peranan dan fungsi-fungsi Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP). Laman Web Rasmi Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) akan sentiasa dikemaskini dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan dan kepuasaan pelanggan.

Akhir kata, Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) akan terus berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada penduduk di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP).

Terima kasih atas sokongan anda dan selamat melayari Laman Web Rasmi Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP).

Skip to content