Fungsi Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan

Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan melaksanakan fungsi-fungsinya menggunakan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan melaluinya MPLBP boleh melaksanakan aktiviti dan menguatkuasakan dasar serta peraturan-peraturan yang berkaitan dengan hal ehwal Pihak Berkuasa Tempatan. Antara fungsi MPLBP ialah :- 
  • Merancang dan mengawal pembangunan berdasarkan Rancangan Tempatan Daerah Langkawi.
  • Melesen dan mengawal perniagaan, iklan dan penjaja.
  • Menyelaras dan membantu pembangunan di Langkawi.
  •  Mengawal bangunan, pengiklanan dan papan tanda.
  • Menyelia dan menyelenggara pengindahan bandar dan landskap dalam keadaan indah dan menarik.
  • Menyelia dan menyelenggara kemudahan awam seperti pasar, gerai, tandas awam, taman permainan kanak-kanak, pondok bas dan kemudahan rekreasi.
  • Memberi perkhidmatan kesihatan, kawalan makanan, kebersihan pusat jualan makanan atau kawalan penyakit berjangkit.
  • Mempertingkatkan kemudahan-kemudahan asas, menaiktaraf kampung dan menggalakkan kegiatan ekonomi yang berdaya maju.
  • Meningkatkan kutipan cukai taksiran.
  • Memantau pelupusan sisa pepejal dan pembersihan bandar
Skip to content