Latar Belakang

Kawasan perkhidmatan Pekan Kuah dahulunya dikenali kawasan Sanitary Board. Selepas Perang Dunia Kedua iaitu semasa pemerintahan Inggeris Sanitary Board telah ditukarkan kepada Pengurusan Town Board mulai tahun 1945.

MPLBP ini dikenali sebagai Majlis Daerah Langkawi mulai 29hb April 1987, Majlis Daerah Langkawi diberi kuasa sebagai Pihak Berkuasa Tempatan.

Kawasan pentadbiran Majlis Daerah Langkawi yang diwartakan adalah seluas 47,848 hektar (478.48 km. persegi ) yang meliputi 104 buah pulau seluruh gugusan Pulau Langkawi.

Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) telahpun diwartakan pada 6 Disember 2000 dan pengisytiharannya telahpun disempurnakan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman pada 24 Mac 2001.

MPLBP telah mendapat pensijilan ISO Versi 9001:2008 dan pengurusan kualiti MPLBP telah ditambah baik melalui pensijilan ISO versi 9001:2015.

Bidang tugas MPLBP meliputi perancangan fizikal, ekonomi serta sosial ke arah kemantapan pembangunan bandar di Langkawi dan memberikan perkhidmatan perbandaran yang efisyen serta bertanggungjawab terhadap perancangan dan pembangunan bandar.

Pentadbiran MPLBP sentiasa bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan secara cekap dan berkesan serta sentiasa berusaha untuk memberi dan melaksanakan perkhidmatan berkualiti demi kecemerlangan, kepuasan dan keselesaan penduduk serta pembayar cukai.

MPLBP melaksanakan setiap fungsi-fungsinya menggunakan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) serta dapat melaksanakan aktiviti dan menguatkuasakan dasar serta peraturan-peraturan yang berkaitan dengan Hal Ehwal Pihak Berkuasa Tempatan.

Pada masa kini, jawatan Yang Dipertua keenam belas disandang oleh YM TUNKU ISKANDAR SHAH BIN TUNKU MUSZAFFAR SHAH, AMK., AMN., BCK.  yang memulakan tugasnya pada 3 Februari 2022.

Jasamu Dikenang…
Mantan Yang Dipertua

1. Dato’ Hj. Mohamad bin Ishak
 1/4/1987 – 1/2/1992

2. Dato’ Ku Nahar bin Ku Ibrahim
1/2/1992 – 1/2/1994

3. Dato’ Hj. Ismail bin Hamid
1/2/1994 – 15/4/2001

4. Dato’ Hj. Rasli bin Basir
15/4/2001 – 28/2/2005

5. Haji Ahmad Fisol bin Mohd. Nor
1/3/2005 – 29/6/2007

6. Dato’ Mansor bin Hj. Ismail
1/7/2006 – 17/10/2007

7. Haji Bakar bin Din
1/2/2007 – 17/10/2007

8. Abdul Aziz bin Hj. Abd. Ghani
16/8/2009 – 30/6/2010

9. En. Dzohir bin Md Zain
1/7/2010 – 16/1/2011

10. En. Abd Rahman bin Salleh
17/1/2011 – 16/7/2011

11. En. Zabuddin bin Hat
17/7/2011 – 30/6/2013

12. En. Mohd Fisol bin Md. Noh
01/7/2013 – 30/07/2014

13. Tn. Haji Isahak Bin Murat
01/8/2014 – 09/12/2015

14. En. Abdul Bari Bin Abdullah
10/12/2015 – 14/05/2018

15. En. Radzuan Bin Osman
15/05/2019 – 2/02/2022

Skip to content