Soalan Lazim
- Bagaimana cara untuk membuat Aduan?
- Melalui borang yang disediakan di Peti Cadangan / datang terus ke Majlis Perbandaran Langkawi,Bandaraya Pelancongan.
- Melalui surat yang diposkan kepada :-
Majlis Perbandaran Langkawi
Bandaraya Pelancongan
Kedah Darul Aman
- Menghubungi Majlis Perbandaran Langkawi di talian 04-9666560/ 04-9671524 / 9668109 / 9666185.
- Melalui fax di no.04-9671773
- Email terus kepada ydp@mplbp.gov.my
- Jangkamasa atau tempoh sesuatu aduan diambil tindakan?
Setiap aduan infrastruktur dan kemudahan awam disiasat dan disediakan laporan dalam tempoh 14 hari untuk tindakan susulan.
- Siapakah pegawai yang patut dihubungi?
EN MOHD ZAKI BIN MURAD
Penolong Pegawai Tadbir
Majlis Perbandaran Langkawi
Faezah binti Abdullah
Pembantu Tadbir
Majlis Perbandaran Langkawi
BAHAGIAN TENDER / SEBUTHARGA
- Bagaimanakah cara kontraktor/pemborong membuat pendaftaran Dengan Pihak Majlis?
- a) Menghantar surat permohonan kepada :
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran langkawi
Bandaraya Pelancongan ,07000 Langkawi
Kedah Darul Aman
- b) Pertanyaan melalui telefon di talian 04-9666560/ 04-9671524 / 9668109 / 9666185
- Apakah Dokumen yang Diperlukan?
- a) Lesen Pusat Khidmat Kontraktor (P.K.K )
- b) Lesen Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia(LPIPM ) / Contrunction Industrial Development Board Malaysia ( CIDB )
- c) Lesen Kementerian Kewangan Malaysia ( bekalan )
- d) Taraf Bumiputera
- e) Profil syarikat
- Siapakah yang patut dihubungi?
Amir Amiruddin Bin Ismail
Urusetia Sebutharga / Tender
Majlis Perbandaran Langkawi
Bandaraya Pelancongan
Kedah Darul Aman
- Bagaimanakah cara kontraktor / pemborong ingin memasuki pelawaan tender / sebutharga?
- a) Rujuk surat khabar ( Berita Harian ) untuk keterangan tender
b)Datang ke Majlis Perbandaran Langkawi dengan merujuk iklan di Papan Kenyataan Majlis.
- c) Pertanyaan melalui telefon di talian 04-9666560/ 04-9671524 / 9668109 / 9666185
- Apakah dokumen yang diperlukan semasa menghadiri pelawaan sebutharga/Tender?
- a) Membawa lesen asal dan satu salinan (fotostat ) untuk Majlis iaitu :
- Lesen Pusat Khidmat Kontraktor (P.K.K )
- Lesen Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia / Contruction Industrial Development Board Malaysia ( CIDB )
- Perakuan Taraf Bumiputera
- Lesen Kementerian Kewangan ( Bekalan )
- b) Wajib menghadiri sesi taklimat projek .
- c) Wajib menghadiri lawatan tapak projek .
- Siapakah yang patut dihubungi?
Urusetia Sebutharga / Tender
Majlis Perbandaran Langkawi
Bandaraya Pelancongan
Kedah Darul Aman
PERMOHONAN LESEN PREMIS PERNIAGAAN
- Bagaimanakah cara permohonan lesen premis perniagaan dibuat dengan pihak Majlis?
- a) Setiap pemohon perlu mengisi borang permohonan lesen perniagaan komposit yang boleh didapati daripada :
- Jabatan Kesihatan Persekitaran
Majlis Perbandaran Langkawi
Bandaraya Pelancongan
Kedah Darul Aman - Laman web Majlis – www.mplbp.gov.my
- Jabatan Kesihatan Persekitaran
** Nota – setiap borang dikenakan bayaran RM 2.00
- Apakah dokumen yang diperlukan?
- Memorandum (Memorandum and Article of Association) mengikut Akta Pendaftaran Syarikat 1995.
ATAU
Borang A (Pendaftaran Perniagaan) atau Borang B (Pendaftaran Perubahan dalam Perniagaan) mengikut Ordinan Pendaftaran Perniagaan 1956.
- Pelan lokasi premis yang terlibat
- Pelan lantai bangunan premis berkenaan
- Surat perjanjian atau kebenaran tuan bangunan (jika bukan bangunan sendiri)
- Salinan sijil layak memduduki / permit bangunan sementara
- Salinan surat kelulusan bangunan (jika bangunan baru dibina)
- Salinan surat hak milik tanah
- Gambar pemohon 6 keping
- Gambar hadapan premis perniagaan 6 keping
- Surat sokongan daripada Jabatan Bomba & Penyelamat (tuan/puan dikehendaki menghubungi Jabatan Bomba & Penyelamat)
- Apakah jenis lesen – lesen perniagaan yang dikeluarkan oleh Majlis?
- Lesen Perniagaan Tred
- Lesen Establisymen Makanan
- Lesen Rumah Tumpangan
- Permit Mengendal Skijet / Skuter Air
- Lesen Kedai Gunting Rambut
- Lesen Tempat Letak Kereta Persendirian
- Lesen Rumah Urut
- Dimanakah borang permohonan yang lengkap diisi hendak dihantar?
Borang permohonan yang lengkap diisi beserta dengan dokumen – dokumen tambahan hendaklah dihantar ke :-
Jabatan Kesihatan Persekitaran
Majlis Perbandaran Langkawi
Bandaraya Pelancongan
Kedah Darul Aman
ATAU
Dialamatkan kepada :
Yang DiPertua
Majlis Perbandaran Langkawi
Bandaraya Pelancongan
Kedah Darul Aman
Sebarang pertanyaan, sila hubungi :-
En. Azli bin Abdul Rani
Pegawai Kesihatan Persekitaran
Jabatan Kesihatan Dan Perlesenan
Majlis Perbandaran Langkawi
Bandaraya Pelancongan
Kedah Darul Aman
Talian : 04-9671524 / 1824 Sambungan : 102
Faks : 04 – 9671773 / 04 – 9666158