Cukai Taksiran

1.         Apa Itu Cukai Taksiran?

Cukai Taksiran atau cukai pintu dikuatkuasakan mengikut peruntukan Seksyen 127, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).  Ia adalah cukai yang dikenakan ke atas pegangan yang terletak di dalam kawasan Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) meliputi pegangan-pegangan berikut :

i.  Kediaman

Rumah teres, rumah berkembar, rumah sesebuah, rumah bandar, rumah pangsa, pangsapuri, apartment, kondominium, rumah kampung dan sebagainya;

ii. Perniagaan

Kedai, rumah kedai/pejabat, kompleks membeli belah, pawagam, pejabat, hotel, stesen minyak, pusat rekreasi dan sebagainya;

iii. Perindustrian

Kilang, bengkel, gudang dan sebagainya

iv. Tanah Kosong

Tanah kosong yang mempunyai geran hakmilik boleh dikenakan Cukai Taksiran/Cukai Pintu selaras dengan peruntukan Seksyen 2,  Akta 171.

    2.     Bagaimana Cukai Taksiran dinilai ?

  • Cukai Taksiran = Nilai Tahunan x Kadar (%)
  • Kadar % yang dikenakan :  5% bagi kediaman/rumah kampung

                                       6% bagi perniagaan/rumah taman

    3.     Bagaimanakah kenaan Cukai Taksiran dimaklumkan kepada pemilik?

Semua pemilik pegangan yang terlibat akan menerima Notis Pindaan Kepada Senarai Nilaian yang menyatakan Nilai Tahunan dan Cukai Taksiran baru beserta tarikh kuatkuasa Cukai Taksiran tersebut.

   4.      Mengapakah Cukai Taksiran Dikuatkuasakan?

Adalah menjadi tanggungjawab kepada pemilik pegangan untuk membayar cukai taksiran/cukai pintu di bawah Seksyen 133, Akta 171 dan tidak menjadi satu alasan sekiranya bil cukai taksiran/cukai pintu tidak diterima;

  5.       Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Bil Tidak Diterima

Anda boleh datang ke Kaunter Bersepadu MPLBP atau ke Jabatan Penilaian di Tingkat 2 MPLBP dengan membawa salinan bil cukai taksiran yang terdahulu atau nombor akaun bil cukai taksiran untuk mendapatkan cetakan bil yang terkini.  

 

6.        Jika Nama Di Bil Masih Nama Pemaju Atau Pemilik Lama.

Pemilik boleh membuat urusan pindahmilik harta dan menurut Seksyen 160 Akta 171, adalah menjadi suatu kesalahan jika pemilik tidak membuat proses pindahmilik. Pemilik perlu hadir ke Bahagian Penilaian, MPLBP dengan membawa salinan dokumen –  dokumen seperti berikut :-

  • Borang I (pindahmilik) – boleh didapati di laman sesawang MPLBP dan Kaunter Bersepadu MPLBP
  • Salinan Perjanjian Jual Beli harta
  • Salinan Suratcara Hakmilik (Geran)
  • Salinan Resit Bayaran cukai taksiran/cukai pintu Terbaru (yang telah dijelaskan sepenuhnya).
  • Salinan kad pengenalan pemilik baru
  • Salinan sijil kematian (jika berkaitan)
  • Wasiat (jika berkaitan)
  • Bayaran proses sebanyak RM 50.00.

Pemilik dikehendaki membuat proses pindahmilik ini dalam tempoh TIGA (3) bulan selepas pegangan dibeli atau pemilik lama telah meninggal dunia.

7.          Bilakah Cukai Taksiran/Cukai Pintu Patut Dibayar.

i.      Cukai taksiran/cukai pintu hendaklah dijelaskan sebelum atau pada 28/29hb Februari untuk tempoh penggal pertama (Jan-Jun) dan sebelum atau pada 31hb Ogos untuk tempoh penggal kedua (Julai-Disember).

ii.      Jika bayaran tidak dibuat dalam tempoh yang  ditetapkan,pihak Majlis boleh mengenakan penalti denda lewat, notis tuntutan (Notis E) dan kos waran dengan kadar seperti berikut :-

8.         Apa Yang Perlu Dilakukan Sekiranya Anda telah Berpindah?

Anda perlu mengisi borang Pengemaskinian Maklumat yang boleh didapati di Kaunter Bersepadu dan Jabatan Penilaian di tingkat 2 Majlis Perbandaran Langkawi. 

9.      Jika Pemilik Tidak Mampu Untuk Menjelaskan Keseluruhan Cukai Taksiran/Cukai Pintu,  bolehkah dibayar secara ansuran? 

Pemilik adalah dinasihatkan untuk hadir ke Jabatan Penilaian di tingkat 2 Majlis Perbandaran Langkawi untuk berunding dengan pegawai yang bertanggungjawab.

10.       Apa Yang Terjadi Sekiranya Cukai Taksiran/Cukai Pintu Tidak Dijelaskan Dalam  

            Tempoh  Yang Ditetapkan.

 i.  Notis (Borang E) akan dikeluarkan kepada pemilik pegangan dan ianya hendaklah 

     dijelaskan dalam tempoh LIMA BELAS (15) hari dari tarikh notis dipos atau diserahkan.

 ii. Bayaran waran tahanan akan dikenakan ke atas keseluruhan tunggakan.

 iii. Tindakan sita dan melelong harta alih.

 iv. Tindakan mahkamah.

 v. Kesemua kos yang terlibat semasa proses – proses di atas DITANGGUNG SEPENUHNYA oleh pemilik

11.       Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Bangunan/Pegangan Kosong Atau Tidak Diduduki ?

Pemilik bangunan/pegangan hendaklah melaporkan kepada Majlis seandainya bangunan/pegangan berkenaan itu kosong dan tidak didiami, pemilik perlu datang ke Jabatan  Penilaian, MPLBP dengan mengisi Borang Permohonan Elaun Kosong bagi setiap penggal.

 

 

Sila klik pautan di sebelah untuk mendapatkan borang.

Borang Pindah Milik

Borang Kemaskini Maklumat

Borang Permohonan Elaun Kosong

Syarat-syarat Permohonan Remisi

 

Dikemaskini oleh;

Unit Taksiran

Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta

Majlis Perbandaran Langkawi

Bandaraya Pelancongan

Tel: 04 – 9671524 samb. 131/130

 

Piagam Pelanggan

Bahagian Penilaian

  • Meningkatkan Hasil sebanyak 5% setiap tahun melalui nilaian hartanah baru dan hartanah tambahan.
  • Membuat penilaian sehingga pengeluaran Notis Meminda Senarai Nilaian dalam tempoh 6 bulan selepas penerimaan Surat Perakuan Siap dan Pematuhan CCC daripada Jabatan Kawalan Bangunan.

 

Bahagian Pengurusan Kutipan Cukai

  • Memastikan 85% cukai taksiran semasa dikutip setiap tahun.
  • Memastikan 50% tunggakan cukai taksiran dikutip setiap tahun.

 

Dokumentasi MS ISO 9001:2015

Klik JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA  untuk selanjutnya

 

Skip to content