Info Langkawi

            Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul   Aman, Malaysia. Pulau ini diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Kini, pulau   yang kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam ini telah   menampilkan diri sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling   popular di Malaysia. Langkawi merupakan suatu gugusan pulau di mana Pulau   Langkawi merupakan yang terbesar diikuti oleh Pulau Banggi dan Pulau Pinang.

            Nama Langkawi ialah kombinasi antara “Lang” dan “Kawi”. “Lang” diambil daripada perkataan bahasa Melayu iaitu helang. Ini dapat dibuktikan dengan keberadaan burung-burung helang yang terbang bertebaran di kebanyakan tempat di Langkawi antaranya kawasan Kilim Geopark, Pulau Singa Besar dan seluruh kepulauan Langkawi. Langkawi juga menjadi habitat kepada sejumlah burung helang merah kawi. Kawi beerti merah hati, ini kerana helang tersebut mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih.

            Kawi juga beerti tulisan Kawi, tulisan yang digunakan oleh masyarakat tradisi Hindu Jawa. Selain itu, Kawi juga merujuk kepada sejenis batu iaitu Batu Kawi atau batu kapur. Lambakan Batu Kawi terdapat di Langkawi. Patung Helang yang terdapat di Dataran Helang jika diteliti, juga dilihat sedang berdiri diatas Batu Kawi.

           “Kawi” dalam bahasa Sanskrit ialah guli, yang mana ia ditemui sebagai pertemuan bahagian Malaysia. Apabila kedua-dua perkataan digabungkan, ia membentuk perkataan “Helangkawi” yang kemudian menjadi Langkawi.

          Dipercayai bahawa Langkawi mendapat namanya daripada perkataan Langkasuka. Sumber-sumber sejarah tidak banyak tetapi mengikut satu rekod sejarah Dinasti Liang China (500 M) merujuk kerajaan itu sebagai “Langgasu” yang diasaskan pada kurun pertama Masihi. Rujukan lain dijumpai di dalam buku oleh Tun Mohamed Zahir yang bertajuk The Legends of Langkawi yang mana nama tersebut menggabungkan dua perkataan Sanskrit—”Langka” (keindahan) dan “Wi” (tidak terkira).

 

Petikan dari Langkawi – Wikipedia Bahasa Melayu

 

Skip to content