Senarai Jabatan
Jabatan Khidmat Pengurusan
Bahagian Latihan
1.Memastikan setiap kakitangan tetap MPLBP di semua peringkat mengikuti kursus/latihan sekurang-kurangnya 7 hari setahun
Bahagian Khidmat Pelanggan
1.Memastikan 80% aduan yang tidak melibatkan peruntukan dapat diselesaikan dalam tempoh 15 hari.
Bahagian Perolehan
1.Memastikan Mesyuarat Sebutharga dilaksanakan dalam tempoh tidak melebihi 50 hari dari tarikh sebutharga dibuka.
Bahagian ICT
1.Proses penyelenggaraan aset ICT (Perkakasan) dalam tempoh 14 hari daripada aduan diterima
Jabatan Perbendaharaan
1.Memastikan proses pembayaran dilaksanakan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas penerimaan dokumen yang lengkap.
Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta
Bahagian Penilaian
1.Meningkatkan Hasil sebanyak 5% setiap tahun melalui nilaian hartanah baru dan hartanah tambahan.
2.Membuat penilaian sehingga pengeluaran Notis Meminda Senarai Nilaian dalam tempoh 6 bulan selepas penerimaan Surat Perakuan Siap dan Pematuhan CCC daripada Jabatan Kawalan Bangunan.
Bahagian Pengurusan Kutipan Cukai
1.Memastikan 85% cukai taksiran semasa dikutip setiap tahun.
2.Memastikan 50% tunggakan cukai taksiran dikutip setiap tahun.
Jabatan Perancangan Pembangunan & Landskap
Bahagian Perancangan
1.Menyediakan kertas perakuan permohonan kebenaran merancang dalam tempoh 21 hari.
2.Menyediakan kertas perakuan permohonan lanjutan tempoh kebenaran merancang dalam tempoh 21 hari.
3.Menyediakan kertas perakuan permohonan penamaan jalan dan taman dalam tempoh 21 hari.
Bahagian Landskap Dan Rekreasi
1.Memastikan Permohonan Kelulusan Pelan Lanskap diproses dalam tempoh 30 hari
2.Memproses Permohonan Kelulusan Sokongan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) Lanskap dalam tempoh 14 hari
Jabatan Kejuruteraan
Bahagian Infrastruktur& Cerun
1.Menyediakan kertas perakuan Permohonan Pelan Kerja Tanah dan Pelan Jalan & Parit dalam tempoh 21 hari.
Bahagian Projek & Penyelenggaraan dan Bahagian Elektrik
1.Menyediakan laporan siasatan awal dalam tempoh 4 hari bekerja bermula dari tarikh terima aduan di Jabatan Kejuruteraan bagi Penyelenggaraan Infrastruktur dan Kemudahan Awam.
Bahagian Projek & Penyelenggaraan, Bahagian Elektrik dan Bahagian Mekanikal
1.Memastikan laporan siasatan dibuat dalam tempoh 4 hari bekerja bermula dari tarikh terima aduan di Jabatan Kejuruteraan bagi penyelenggaraan aset-aset MPLBP.
Jabatan Kesihatan Persekitaran
Bahagian Pelesenan
1.Memastikan pengeluaran lesen berisiko diproses dalam tempoh 40 hari bekerja.
2.Memastikan pengeluaran lesen tidak berisiko diproses dalam tempoh yang ditetapkan dalam 1 hari bekerja.
3.Memastikan tempoh memproses permit perniagaan sementara tidak berisiko mengikut tempoh yang ditetapkan dalam 1 hari bekerja.
Bahagian Kesihatan Awam
1.Memastikan 70%  daripada 11 buah tandas “hotspot” di bawah seliaan MPLBP mencapai minimum markah sebanyak 80 dalam Penarafan Bintang Tandas Awam.
Bahagian Inspektorat
1.Membuat kutipan sewa gerai MPLBP mencapai sekurang-kurangnya 93% daripada jumlah yang diinvois setiap tahun.
Jabatan Penguatkuasa
1.Memastikan 90% kompaun yang tidak dijelaskan selepas tempoh 14 hari diserahkan kepada unit Undang-Undang.
2.Memastikan 80% operasi dilaksanakan mengikut jadual.
3.Memastikan proses pelupusan barang dipindahkan/sita yang tidak dituntut dilupuskan setiap 3 bulan sekali.
Jabatan Kawalan Bangunan
1.Menyediakan Surat Perakuan Kelulusan Pelan Bangunan dalam tempoh 21 hari.
Unit Undang-undang
1.Memastikan draf perjanjian disediakan dalam tempoh tidak melebihi 3 bulan dari tarikh penerimaan jabatan.
2.Memastikan draf perjanjian sewaan gerai disediakan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan jabatan.
3.Memastikan proses saman orang kena notis sehingga Izin dakwa daripada Timbalan Pendakwa Daerah dalam tempoh 30 hari.
Unit OSC
1.Menyelaras permohonan cadangan pemajuan bagi permohonan seperti berikut :
1. Permohonan serentak (KM+PB+PJ 80 hari)
2. Permohonan serentak (KM+PB 69 hari)
3. Permohonan Kebenaran Merancang (57hari)
4. Permohonan Pelan Bangunan (37 hari)
5. Permohonan Pelan Kejuruteraan (57 hari)
6. Permohonan Pelan Landskap (57 hari) Penurunan Kuasa melalui YDP tanpa mesyuarat OSC
Unit Audit Dalam
1.Mengkaji kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kewangan serta Kawalan Dalaman MPLBP.
2.

Mengkaji tahap pematuhan kepada segala dasar, undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuat kuasa.

3.

Melaporkan kepada Yang Dipertua hasil pengauditan dan membuat susulan terhadap kemajuan tindakan perkara yang telah dibangkitkan;

Skip to content