TEMPAT LETAK KERETA

PENGENALAN

Unit Letak Kereta adalah bertanggungjawab mengendalikan dan menguruskan tempat letak kereta dalam kawasan Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan.

CARA MENDAPATKAN KUPON

  • Kupon letak kereta boleh didapati daripada ejen-ejen sah yang dilantik oleh MPLBP di seluruh kawasan MPLBP.
  • Setiap ejen yang dilantik akan dibekalkan dengan papan tanda sebagai pengenalan.

CARA MENGGUNAKAN KUPON

Sila goreskan 5 bahagian bagi tahun, bulan, hari, jam dan minit, waktu mula penggunaan kemudian pamerkan di atas “Dashboard”; 

  • Jika lebih dari satu kupon dipamerkan untuk satu jangkamasa, maka masa bagi kupon kedua dikira dari berakhirnya masa kupon pertama.
  • Kesilapan menggores kupon ini dianggap batal dan boleh dikompaun.

KESALAHAN-KESALAHAN

  1. Tidak mempamerkan kupon yang dikeluarkan oleh Majlis atau semasa meletakkan kenderaan bermotor di dalam petak letak kereta berkupon.
  2. Mempamerkan kupon letak kereta yang telah tamat tempoh/tidak sah.
  3. Mempamerkan kupon letak kereta di dalam kenderaan di mana kupon letak kereta tersebut tidak dapat dikenalpasti atau dilihat oleh Pembantu Penguatkuasa (Tempat Letak Kereta) semasa menjalankan pemeriksaan.
  4. Mempamerkan kupon letak kereta tanpa membuat penandaan yang betul.
  5. Meletakkan kenderaan bermotor di luar dari petak letak kereta di tempat letak kereta.
  6. Menghalang petak letak kereta.
  7. Kenderaan bermotor yang diletak tidak mengikut arah lalu lintas.
  8. Berniaga di tempat letak kereta.
  9. Meletakkan kenderaan bermotor yang menghalang pili bomba.
  10. Meletakkan kenderaan bermotor di kawasan kaki lima/siar kaki.
  11. Meletakkan kenderaan bermotor di tempat selain dari yang ditetapkan bagi jenis kenderaan itu.

Piagam Pelanggan

  • Memastikan 90% kompaun yang tidak dijelaskan selepas tempoh 14 hari diserahkan kepada unit Undang-Undang
  • Memastikan 80% operasi dilaksanakan mengikut jadual.
  • Memastikan proses pelupusan barang dipindahkan/sita yang tidak dituntut dilupuskan setiap 3 bulan sekali.

Dokumentasi MS ISO 9001: 2015

Klik JABATAN PENGUATKUASAAN untuk maklumat selanjutnya

Skip to content