Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan melaksanakan fungsi-fungsinya menggunakan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan melaluinya MPLBP boleh melaksanakan aktiviti dan menguatkuasakan dasar serta peraturan-peraturan yang berkaitan dengan hal ehwal Pihak Berkuasa Tempatan.
Antara fungsi MPLBP ialah :-
- Merancang dan mengawal pembangunan berdasarkan Rancangan Tempatan Daerah Langkawi.
- Melesen dan mengawal perniagaan, iklan dan penjaja.
- Menyelaras dan membantu pembangunan di Langkawi.
- Mengawal bangunan, pengiklanan dan papan tanda.
- Menyelia dan menyelenggara pengindahan bandar dan landskap dalam keadaan indah dan menarik.
- Menyelia dan menyelenggara kemudahan awam seperti pasar, gerai, tandas awam, taman permainan kanak-kanak, pondok bas dan kemudahan rekreasi.
- Memberi perkhidmatan kesihatan, kawalan makanan, kebersihan pusat jualan makanan atau kawalan penyakit berjangkit.
- Mempertingkatkan kemudahan-kemudahan asas, menaiktaraf kampung dan menggalakkan kegiatan ekonomi yang berdaya maju.
- Meningkatkan kutipan cukai taksiran.
- Memantau pelupusan sisa pepejal dan pembersihan bandar