Senarai Jabatan
Jabatan Khidmat Pengurusan
| Bahagian Latihan | |
| 1. | Memastikan setiap kakitangan tetap MPLBP di semua peringkat mengikuti kursus/latihan sekurang-kurangnya 7 hari setahun |
| Bahagian Khidmat Pelanggan | |
| 1. | Memastikan 80% aduan yang tidak melibatkan peruntukan dapat diselesaikan dalam tempoh 15 hari. |
| Bahagian Perolehan | |
| 1. | Memastikan Mesyuarat Sebutharga dilaksanakan dalam tempoh tidak melebihi 50 hari dari tarikh sebutharga dibuka. |
| Bahagian ICT | |
| 1. | Proses penyelenggaraan aset ICT (Perkakasan) dalam tempoh 14 hari daripada aduan diterima |
Jabatan Perbendaharaan
| 1. | Memastikan proses pembayaran dilaksanakan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas penerimaan dokumen yang lengkap. |
Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta
| Bahagian Penilaian | |
| 1. | Meningkatkan Hasil sebanyak 5% setiap tahun melalui nilaian hartanah baru dan hartanah tambahan. |
| 2. | Membuat penilaian sehingga pengeluaran Notis Meminda Senarai Nilaian dalam tempoh 6 bulan selepas penerimaan Surat Perakuan Siap dan Pematuhan CCC daripada Jabatan Kawalan Bangunan. |
| Bahagian Pengurusan Kutipan Cukai | |
| 1. | Memastikan 85% cukai taksiran semasa dikutip setiap tahun. |
| 2. | Memastikan 50% tunggakan cukai taksiran dikutip setiap tahun. |
Jabatan Perancangan Pembangunan & Landskap
| Bahagian Perancangan | |
| 1. | Menyediakan kertas perakuan permohonan kebenaran merancang dalam tempoh 21 hari. |
| 2. | Menyediakan kertas perakuan permohonan lanjutan tempoh kebenaran merancang dalam tempoh 21 hari. |
| 3. | Menyediakan kertas perakuan permohonan penamaan jalan dan taman dalam tempoh 21 hari. |
| Bahagian Landskap Dan Rekreasi | |
| 1. | Memastikan Permohonan Kelulusan Pelan Lanskap diproses dalam tempoh 30 hari |
| 2. | Memproses Permohonan Kelulusan Sokongan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) Lanskap dalam tempoh 14 hari |
Jabatan Kejuruteraan
| Bahagian Infrastruktur& Cerun | |
| 1. | Menyediakan kertas perakuan Permohonan Pelan Kerja Tanah dan Pelan Jalan & Parit dalam tempoh 21 hari. |
| Bahagian Projek & Penyelenggaraan dan Bahagian Elektrik | |
| 1. | Menyediakan laporan siasatan awal dalam tempoh 4 hari bekerja bermula dari tarikh terima aduan di Jabatan Kejuruteraan bagi Penyelenggaraan Infrastruktur dan Kemudahan Awam. |
| Bahagian Projek & Penyelenggaraan, Bahagian Elektrik dan Bahagian Mekanikal | |
| 1. | Memastikan laporan siasatan dibuat dalam tempoh 4 hari bekerja bermula dari tarikh terima aduan di Jabatan Kejuruteraan bagi penyelenggaraan aset-aset MPLBP. |
Jabatan Kesihatan Persekitaran
| Bahagian Pelesenan | |
| 1. | Memastikan pengeluaran lesen berisiko diproses dalam tempoh 40 hari bekerja. |
| 2. | Memastikan pengeluaran lesen tidak berisiko diproses dalam tempoh yang ditetapkan dalam 1 hari bekerja. |
| 3. | Memastikan tempoh memproses permit perniagaan sementara tidak berisiko mengikut tempoh yang ditetapkan dalam 1 hari bekerja. |
| Bahagian Kesihatan Awam | |
| 1. | Memastikan 70% daripada 11 buah tandas “hotspot” di bawah seliaan MPLBP mencapai minimum markah sebanyak 80 dalam Penarafan Bintang Tandas Awam. |
| Bahagian Inspektorat | |
| 1. | Membuat kutipan sewa gerai MPLBP mencapai sekurang-kurangnya 93% daripada jumlah yang diinvois setiap tahun. |
Jabatan Penguatkuasa
| 1. | Memastikan 90% kompaun yang tidak dijelaskan selepas tempoh 14 hari diserahkan kepada unit Undang-Undang. |
| 2. | Memastikan 80% operasi dilaksanakan mengikut jadual. |
| 3. | Memastikan proses pelupusan barang dipindahkan/sita yang tidak dituntut dilupuskan setiap 3 bulan sekali. |
Jabatan Kawalan Bangunan
| 1. | Menyediakan Surat Perakuan Kelulusan Pelan Bangunan dalam tempoh 21 hari. |
Unit Undang-undang
| 1. | Memastikan draf perjanjian disediakan dalam tempoh tidak melebihi 3 bulan dari tarikh penerimaan jabatan. |
| 2. | Memastikan draf perjanjian sewaan gerai disediakan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan jabatan. |
| 3. | Memastikan proses saman orang kena notis sehingga Izin dakwa daripada Timbalan Pendakwa Daerah dalam tempoh 30 hari. |
Unit OSC
| 1. | Menyelaras permohonan cadangan pemajuan bagi permohonan seperti berikut : 1. Permohonan serentak (KM+PB+PJ 80 hari) 2. Permohonan serentak (KM+PB 69 hari) 3. Permohonan Kebenaran Merancang (57hari) 4. Permohonan Pelan Bangunan (37 hari) 5. Permohonan Pelan Kejuruteraan (57 hari) 6. Permohonan Pelan Landskap (57 hari) Penurunan Kuasa melalui YDP tanpa mesyuarat OSC |
Unit Audit Dalam
| 1. | Mengkaji kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kewangan serta Kawalan Dalaman MPLBP. |
| 2. | Mengkaji tahap pematuhan kepada segala dasar, undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuat kuasa. |
| 3. | Melaporkan kepada Yang Dipertua hasil pengauditan dan membuat susulan terhadap kemajuan tindakan perkara yang telah dibangkitkan; |