Soalan Lazim
BAHAGIAN ADUAN
- Bagaimana cara untuk membuat Aduan?
– Melalui borang yang disediakan di Peti Cadangan / datang terus ke Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan.
– Melalui surat yang diposkan kepada :-
Majlis Perbandaran Langkawi
Bandaraya Pelancongan
07000 Langkawi
Kedah Darul Aman
- Menghubungi Majlis Perbandaran Langkawi di talian 04-9666590 / 04-9671524 / 04-9671824
- Melalui faks di no.04-9671773
- Email terus kepada ydp@mplbp.gov.my
- Jangkamasa atau tempoh sesuatu aduan diambil tindakan?
- Setiap aduan infrastruktur dan kemudahan awam disiasat dan disediakan laporan dalam tempoh 14 hari untuk tindakan susulan.
- Siapakah pegawai yang patut dihubungi?
PUAN NUR SYATIRAH BINTI OTHMAN
Pegawai Tadbir
Majlis Perbandaran Langkawi
BAHAGIAN TENDER / SEBUTHARGA
- Bagaimanakah cara kontraktor/pemborong membuat pendaftaran dengan Pihak Majlis?
– Menghantar surat permohonan kepada :
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran langkawi
Bandaraya Pelancongan
07000 Langkawi
Kedah Darul Aman
– Pertanyaan melalui telefon di talian 04-9666590/ 04-9671524 / 04-9671824
2. Apakah Dokumen yang Diperlukan?
a) Lesen Pusat Khidmat Kontraktor (P.K.K )
b) Lesen Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia(LPIPM) / Contrunction Industrial Development Board Malaysia (CIDB)
c) Lesen Kementerian Kewangan Malaysia ( bekalan )
d) Taraf Bumiputera
e) Profil syarikat
3. Siapakah yang patut dihubungi?
Shyfullizan bin Padzil
Urusetia Sebutharga / Tender
Majlis Perbandaran Langkawi
Bandaraya Pelancongan
Kedah Darul Aman
4. Bagaimanakah cara kontraktor / pemborong ingin memasuki pelawaan tender / sebutharga?
– Rujuk laman web dan media sosial Majlis untuk keterangan tender
– Datang ke Majlis Perbandaran Langkawi dengan merujuk iklan di Papan Kenyataan Majlis.
– Pertanyaan melalui telefon di talian 04-9666590 / 04-9671524 / 04-9671824
5. Apakah dokumen yang diperlukan semasa menghadiri pelawaan sebutharga / Tender?
- Membawa lesen asal dan satu salinan (fotostat ) untuk Majlis iaitu :
– Lesen Pusat Khidmat Kontraktor (P.K.K )
– Lesen Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia / Contruction Industrial Development Board Malaysia ( CIDB )
– Perakuan Taraf Bumiputera - Lesen Kementerian Kewangan ( Bekalan )
– Wajib menghadiri sesi taklimat projek
– Wajib menghadiri lawatan tapak projek
- Siapakah yang patut dihubungi?
Urusetia Sebutharga / Tender
Majlis Perbandaran Langkawi
Bandaraya Pelancongan
Kedah Darul Aman
PERMOHONAN LESEN PREMIS PERNIAGAAN
- Bagaimanakah cara permohonan lesen premis perniagaan dibuat dengan pihak Majlis?
- Setiap pemohon perlu mengisi borang permohonan lesen perniagaan komposit yang boleh didapati daripada
– Jabatan Kesihatan Persekitaran
Majlis Perbandaran Langkawi
Bandaraya Pelancongan
Kedah Darul Aman
– Laman web Majlis – www.mplbp.gov.my
** Nota – setiap borang dikenakan bayaran RM 2.00
3. Apakah dokumen yang diperlukan?
- Memorandum (Memorandum and Article of Association) mengikut Akta Pendaftaran Syarikat 1995.
ATAU
Borang A (Pendaftaran Perniagaan) atau Borang B (Pendaftaran Perubahan dalam Perniagaan) mengikut Ordinan Pendaftaran Perniagaan 1956.
- Pelan lokasi premis yang terlibat
- Pelan lantai bangunan premis berkenaan
- Surat perjanjian atau kebenaran tuan bangunan (jika bukan bangunan sendiri)
- Salinan sijil layak memduduki / permit bangunan sementara
- Salinan surat kelulusan bangunan (jika bangunan baru dibina)
- Salinan surat hak milik tanah
- Gambar pemohon 6 keping
- Gambar hadapan premis perniagaan 6 keping
- Surat sokongan daripada Jabatan Bomba & Penyelamat (tuan/puan dikehendaki menghubungi Jabatan Bomba & Penyelamat)
Apakah jenis lesen – lesen perniagaan yang dikeluarkan oleh Majlis? - Lesen Perniagaan Tred
- Lesen Establisymen Makanan
- Lesen Rumah Tumpangan
- Permit Mengendal Skijet / Skuter Air
- Lesen Kedai Gunting Rambut
- Lesen Tempat Letak Kereta Persendirian
- Lesen Rumah Urut
- Dimanakah borang permohonan yang lengkap diisi hendak dihantar?
Borang permohonan yang lengkap diisi beserta dengan dokumen – dokumen tambahan hendaklah dihantar ke :-
Jabatan Kesihatan Persekitaran
Majlis Perbandaran Langkawi
Bandaraya Pelancongan
Kedah Darul Aman
ATAU
Dialamatkan kepada :
Yang DiPertua
Majlis Perbandaran Langkawi
Bandaraya Pelancongan
Kedah Darul Aman
Sebarang pertanyaan, sila hubungi :-
En. Azli bin Abdul Rani
Pegawai Kesihatan Persekitaran
Jabatan Kesihatan Dan Perlesenan
Majlis Perbandaran Langkawi
Bandaraya Pelancongan
Kedah Darul Aman
Talian : 04-9671524 / 1824 Sambungan : 102
Faks : 04 – 9671773 / 04 – 9666158