BAHAGIAN PENGUATKUASAAN
VISI
MENGUKUHKAN PENGUATKUASAAN UNTUK MENINGKATKAN KESEDARAN
MISI
MEMASTIKAN PELAKSANAAN UNDANG-UNDANG SECARA MENYELURUH OLEH KOMUNITI
OBJEKTIF
- Memastikan semua undang-undang yang digunapakai dipatuhi.
- Melaksanakan penguatkuasaan undang-undang.
- Memantau perniagaan tanpa lesen.
FUNGSI
- Menjalankan rondaan, pemeriksaan atau pemantauan biasa atau berkala di seluruh kawasan pentadbiran MDBB.
- Menjalankan pemantauan ke atas semua peraturan dan dasar yang telah ditetapkan oleh MDBB.
- Merancang dan melaksanakan tindakan penguatkuasaan mengikut peruntukan undang-undang seperti :
a) Mengeluarkan Notis Kesalahan/Amaran ke atas suatu kesalahan supaya Orang Kena Notis mematuhi arahan notis.
b) Mengkompaun Suatu Kesalahan yang bersalahan di bawah undang-undang yang dikuatkuasakan oleh MDBB.
c) Melaksanakan tindakan rampasan/sitaan ke atas sebarang pelanggaran undang-undang yang dikuatkuasakan oleh MDBB.
d) Membuat penyiasatan bagi tujuan pendakwaan di mahkamah. - Memberi khidmat nasihat kepada orang awam berkaitan penguatkuasaan undang-undang yang dikuatkuasakan oleh MDBB.
- Membuat kawalan dan menguatkuasakan perintah atau undang-undang yang berkaitan dengan kesalahan tempat letak kereta dan kawalan lalulintas.
- Memberi bantuan escort kepada lain-lain jabatan dalam.
- Memberi bantuan dalam aspek keselamatan kepada jabatan teknikal dalam kerja-kerja perobohan struktur haram.
- Memberi bantuan kepada lain-lain agensi luar.
- Merancang dan melaksanakan operasi-operasi bersepadu.
- Menyiasat dan mengambil tindakan ke atas sebarang aduan dalaman dan luaran yang berkaitan dengan penguatkuasaan.
- Merancang dan melaksanakan pemeriksaan biasa dan berkala ke atas penjaja, gerai, pasar, premis perniagaan dan perindustrian dalam aspek penguatkuasaan.
- Membuat kawalan bagi mencegah aktiviti vandalisme di kawasan taman dan tempat-tempat awam dalam kawasan pentadbiran MDBB.
- Menguatkuasakan sebarang perlanggaran undang-undang berkaitan halangan dan kotoran di tempat-tempat awam.
- Menguruskan barang-barang sitaan.
JENIS PERKHIDMATAN KEPADA PELANGGAN
1. Pengeluaran bil kompaun.
2. Tuntutan barang rampasan/sitaan
3. Aduan awam