BAHAGIAN PENGUATKUASAAN

VISI

MENGUKUHKAN PENGUATKUASAAN UNTUK MENINGKATKAN KESEDARAN

MISI

MEMASTIKAN PELAKSANAAN UNDANG-UNDANG SECARA MENYELURUH OLEH KOMUNITI

OBJEKTIF

  1. Memastikan semua undang-undang yang digunapakai dipatuhi.
  2. Melaksanakan penguatkuasaan undang-undang.
  3. Memantau perniagaan tanpa lesen.

FUNGSI

  1. Menjalankan rondaan, pemeriksaan atau pemantauan biasa atau berkala di seluruh kawasan pentadbiran MDBB.
  2. Menjalankan pemantauan ke atas semua peraturan dan dasar yang telah ditetapkan oleh MDBB.
  3. Merancang dan melaksanakan tindakan penguatkuasaan mengikut peruntukan undang-undang seperti :
    a) Mengeluarkan Notis Kesalahan/Amaran ke atas suatu kesalahan supaya Orang Kena Notis mematuhi arahan notis.
    b) Mengkompaun Suatu Kesalahan yang bersalahan di bawah undang-undang yang dikuatkuasakan oleh MDBB.
    c) Melaksanakan tindakan rampasan/sitaan ke atas sebarang pelanggaran undang-undang yang dikuatkuasakan oleh MDBB.
    d) Membuat penyiasatan bagi tujuan pendakwaan di mahkamah.
  4. Memberi khidmat nasihat kepada orang awam berkaitan penguatkuasaan undang-undang yang dikuatkuasakan oleh MDBB.
  5. Membuat kawalan dan menguatkuasakan perintah atau undang-undang yang berkaitan dengan kesalahan tempat letak kereta dan kawalan lalulintas.
  6. Memberi bantuan escort kepada lain-lain jabatan dalam.
  7. Memberi bantuan dalam aspek keselamatan kepada jabatan teknikal dalam kerja-kerja perobohan struktur haram.
  8. Memberi bantuan kepada lain-lain agensi luar.
  9. Merancang dan melaksanakan operasi-operasi bersepadu.
  10. Menyiasat dan mengambil tindakan ke atas sebarang aduan dalaman dan luaran yang berkaitan dengan penguatkuasaan.
  11. Merancang dan melaksanakan pemeriksaan biasa dan berkala ke atas penjaja, gerai, pasar, premis perniagaan dan perindustrian dalam aspek penguatkuasaan.
  12. Membuat kawalan bagi mencegah aktiviti vandalisme di kawasan taman dan tempat-tempat awam dalam kawasan pentadbiran MDBB.
  13. Menguatkuasakan sebarang perlanggaran undang-undang berkaitan halangan dan kotoran di tempat-tempat awam.
  14. Menguruskan barang-barang sitaan.

     

    JENIS PERKHIDMATAN KEPADA PELANGGAN

    1. Pengeluaran bil kompaun.
    2. Tuntutan barang rampasan/sitaan
    3. Aduan awam

Skip to content