PROSEDUR PERMOHONAN LESEN PERNIAGAAN

  • Pemohon hendaklah mendapatkan Borang Permohonan Lesen Perniagaan di kaunter Pelesenan Majlis Daerah Bandar Baharu (MDBB).
  • Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada Bahagian Kesihatan & Pelesenan Majlis Daerah Bandar Baharu (MDBB) berserta dokumen-dokumen berikut:-
      1. Gambar pemohon berukuran pasport (2 keping)
      2. Salinan Kad Pengenalan depan & belakang (1 keping)
      3. Salinan maklumat hak milik tanah/sewa tanah/ perjanjian ( 1 keping)
      4. Salinan Kad Suntikan TY2 dan Sijil Pengendali Makanan (perniagaan makanan)
      5. Lakaran Pelan Lokasi dan Pelan Lantai Premis Perniagaan (1 salinan dalam saiz A4)
      6. Salinan CCC/Permit Bangunan Sementara (1 salinan)
      7. Gambar premis perniagaan – pandangan hadapan, belakang, dan dapur premis perniagaan.

  • Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses oleh Bahagian Kesihatan dan Pelesenan Majlis Daerah Bandar Baharu (MDBB).
Skip to content