Majlis Daerah Bandar Baharu merupakan sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang diberi kuasa di bawah Kuasa Undang-Undang Kerajaan Tempatan Akta 124 (Peruntukan Sementara) bagi kawasan pentadbirannya. Majlis Daerah Bandar Baharu meliputi keseluruhan kawasan Daerah Bandar Baharu, ianya merangkumi kawasan seluas 269.3km persegi dan terdiri daripada tujuh mukim iaitu Serdang, Kuala Selama, Sungai Batu, Bagan Samak, Permatang Pasir, Sungai Kecil Ilir dan Relau.

Kawasan Majlis Daerah Bandar Baharu terletak di bahagian selatan Negeri Kedah Darul Aman, bersempadan dengan Daerah Kulim di sebelah Utara, Pulau Pinang di sebelah Barat dan Perak di sebelah Selatan.

Di kawasan Majlis Daerah Bandar Baharu, sebanyak sembilan pertempatan dikenalpasti iaitu Bandar Baharu, Serdang, Selama, Lubuk Buntar, Bagan Samak, Sungai Kechil Ilir, Relau, Air Putih dan Permatang Kerat Telunjuk sebagai kawasan yang akan membangun dengan lebih pesat berbanding kawasan lain. Kesemua kawasan ini berkeluasan 2,518.1 hektar.

Seluas 300.0 hektar (11.9%) daripada kawasan pertempatan tersebut merupakan kawasan operasi semasa Majlis Daerah Bandar Baharu diwartakan pada 1 hb Mac 1979 mengikut peruntukan Akta 171.

Skip to content