Aplikasi Mobile i-Tegur

  • Aplikasi Mobile i-Tegur merupakan satu inovasi baharu yang dibangunkan oleh KPKT untuk memberi kemudahan kepada orang awam bagi membuat sebarang aduan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melalui mobile.

Objektif Aplikasi Mobile i-Tegur

  • Menjalin hubungan akrab PBT dan rakyat melalui penyediaan saluran aduan yang mesra pengguna dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat; dan

  • Pemantauan dan pengurusan aduan lebih berkesan kepada pengurusan atasan PBT dan KPKT melalui satu sumber sistem yang sama dan mudah dicapai.

Fungsi Aplikasi Mobile I-Tegur 

  • Membenarkan penghantaran aduan bergambar beserta lokasi secaraMobile;

  • Memberi maklumbalas kepada pengadu dengan lebih responsif; dan

  • Memantau statistik aduan oleh PBT atau JKT melalui dashboard yang disediakan dengan lebih efisien.

Berikut adalah 3 syarat penting Pengguna Aplikasi Mobile i-Tegur :

1 – Android dan iOS

Aplikasi ini dibangunkan untuk pengguna Android dan pengguna iOS.



2Mobile Communication Standard

Capaian terbaik bagi pengguna Aplikasi Mobile i-Tegur adalah
High-Speed Downlink Packet Access (HSDPA) 3.5G ke atas iaitu 3G -3G, H – 3.5G,
H+ – 3.75G dan LTE – 4G.

 

3Fungsi GPS

Pengguna hendaklah mengaktifkan fungsi GPS sebelum
menghantar aduan melalui Aplikasi Mobile i-Tegur.


 

Prestasi Capaian i-Tegur

 

 

 

Skip to content