- Merancang, mengawal dan melaksanakan program-program pembangunan sosio-ekonomi dan perkhidmatan perbandaran ke arah pembentukan masyarakat makmur, sejahtera dan berdaya maju selaras dengan matlamat pembangunan negara.
- Menyedia dan memberi perkhidmatan yang moden serta bermutu untuk faedah dan kesejahteraan masyarakat tempatan yang ditadbir.
- Melaksanakan projek prasarana, perniagaan dan separuh perniagaan serta menentukan aktiviti pembangunan dijalankan mengikut kehendak Dasar Ekonomi Baru.
- Sebagai Unit Pentadbiran Kerajaan yang berkesan dari segi mendapatkan penyertaan serta penglibatan rakyat dalam hal ehwal tempatan.
- Menjalankan tugas yang sempurna di peringkat tempatan melalui perancangan yang baik dan sistematik bagi mengawal aktiviti-aktiviti pembangunan di kawasan bandar dan luar bandar melalui kaedah yang ditetapkan.