PROSEDUR PERMOHONAN LESEN PERNIAGAAN
- Pemohon hendaklah mendapatkan Borang Permohonan Lesen Perniagaan di kaunter Pelesenan Majlis Daerah Bandar Baharu (MDBB).
- Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada Bahagian Kesihatan & Pelesenan Majlis Daerah Bandar Baharu (MDBB) berserta dokumen-dokumen berikut:-
- Gambar pemohon berukuran pasport (2 keping)
- Salinan Kad Pengenalan depan & belakang (1 keping)
- Salinan maklumat hak milik tanah/sewa tanah/ perjanjian ( 1 keping)
- Salinan Kad Suntikan TY2 dan Sijil Pengendali Makanan (perniagaan makanan)
- Lakaran Pelan Lokasi dan Pelan Lantai Premis Perniagaan (1 salinan dalam saiz A4)
- Salinan CCC/Permit Bangunan Sementara (1 salinan)
- Gambar premis perniagaan – pandangan hadapan, belakang, dan dapur premis perniagaan.
- Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses oleh Bahagian Kesihatan dan Pelesenan Majlis Daerah Bandar Baharu (MDBB).