BAGAIMANAKAH CARA MENDAPATKAN MAKLUMAT BERKAITAN RUANGNIAGA YANG KOSONG?
- Melalui Portal Rasmi Majlis Daerah Bandar Baharu(MDBB)
- Facebook Majlis Daerah Bandar Baharu
- Panggilan terus ke Bahagian Sewaan MDBB (04-4077264)
BILAKAH TARIKH AKHIR BAYARAN SEWA RUANG NIAGA/PREMIS?
- Sebelum Atau Pada 7 Hb Setiap Bulan
BOLEHKAH MENAIKTARAF STRUKTUR RUANGNIAGA?
- Sebarang pengubahsuaian ruang niaga perlulah melalui permohonan & mendapat kebenaran daripada pihak MDBB terlebih dahulu.
SENARAI UNTUK MEMPERBAHARUI PERJANJIAN (RENEW)
- Surat Permohonan Perbaharui Perjanjian.
- Salinan Lesen Perniagaan (Yang Diperbaharui).
- Salinan Bil Utiliti Premis Tanpa Tunggakan (Elektrik & Air).
- Salinan Bil Sewaan Ruang niaga Tanpa Tunggakan (Terkini).
- Salinan Kad Pengenalan Penyewa.
- Salinan Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
SENARAI SEMAK BAGI PENYERAHAN GERAI/PREMIS DAN MENGEMBALIKAN CAGARAN GERAI/PREMIS
- Borang Serah Kedai & Mengembalikan Wang Cagaran ( Dari Pihak Majlis).
- Salinan Kad Pengenalan Penyewa.
- Kunci Premis Ruang Niaga.
- Resit Cagaran Asal (Warna Biru) :
– Cagaran Sewa
– Cagaran Air, elektrik & Pembentungan (Utiliti).
- Salinan Bil Penutupan Utiliti (Tiada Tunggakan) :
– Air & Elektrik
- Salinan Bil Penutupan Utiliti (Tiada Tunggakan) :
- Salinan Bil Bayaran Sewa (Terakhir & Tiada Tunggakan).
- Salinan Lesen Perniagaan MDBB.